Rabu, 7 November 2007

Watak Perwatakan

Penerbit: Asas 50
Penulis: Khairool Haque
Tajuk: Pendidik Millenium

1) Hakim

Hakim merupakan seorang yang penyabar. Telah sekian lama dia bersabar akan sikap gurunya, Cikgu Halim, yang sering sekali memarahi murid-murid tanpa sebab. Bukti yang dapat diketengahkan ialah "sudah beberapa lama dia mendiamkan diri." Namun kesabaran Hakim sudah tidak dapat dipertahankan lagi kerana terlalu marah mendengar kata-kata Cikgu Halim yang tajam serta memarahinya tanpa sebab yang tertentu.

Hakim juga seorang murid yang berani. Sifat ini berbeza daripada murid-murid lain yang takut dan tidak berani menentang kata-kata Cikgu Halim. Namun, Hakim telah bertekad untuk menghadapi semua masalah yang menimpanya dengan berani, termasuk Cikgu Halim yang hanya mahu menimbulkan suatu masalah buat dirinya. Buktinya, "dia bertekad untuk menghadapi semuanya dengan penuh berani." Dengan keberaniannya, Hakim pun bersuara, memberi keterangan kepada Cikgu Halim dengan tujuan terselindung untuk mempertahankan dirinya sendiri. Ini dapat dilihat dalam ayat "Dia perlu mengorak langkah berani untuk melepaskan dirinya daripada cengkaman masalh yang menimpanya."

Selain itu, Hakim juga berfikiran matang. Dia merupakan seorang murid yang selalu memikirkan akibat tindakan-tindakan yang diambilnya dan mempertimbangkan baik buruknya. Contohnya, Hakim telah berulang kali memikirkan akibatnya jika dia melawani kata-kata gurunya yang menurutnya salah tanggapan. Buktinya, "Dia bukan tidak mahu menjawab tetapi dia taku nanti dia menjawab keterlaluan sehingga dikatakan sebagai biadap." Ini menunjukkan kematangan Hakim yang tidak mengambil tindakan tergesa-gesa.

Hakim juga seorang yang menegakkan kebenaran. Hakim telah mempertahankan dirinya dengan memberikan keterangan dan penjelasan bagi segala tuduhan dan tanggapan Cikgu Halim terhadapnya. Hakim telah mengatakan apa menurutnya benar dan menentang apa yang salah. Bukan saja itu, namun, Hakim juga mahu guru, seperti Cikgu Halim, yang sama sekali tidak pantas menjadi seorang pendidik, dihukum atas segala kesilapannya. Buktinya, "Dia mahu lihat Cikgu halim jatuh terjerembab di hadapannya."

Akhir sekali, hakim mempunyai pendidikan agama yang tinggi. Contohnya, dia telah menyelitkan unsur-unsur agama dalam karangannya dengan mengaitkan tentang kaum-kaum berlainan bangsa yang hidup pada zaman nabi dengan bangsa-bangsa di Singapura yang hidup bersatu. Bukti "dia memang suka mengaitkan sesuatu dengan kehidupan pada zaman Rasulullah S.A.W" menunjukkan Hakim mempunyai ilmu yang tebal tentang agama Islam.

2) Ms. Wong

Ms. Wong mempunyai sikap tidak rasional. Dia telah menghalau hakim apabila Hakim datang menemuinya untuk membuat aduan tentang Cikgu Halim. Sebaik saja dia mendengar nama hakim, dia menghalaunya serta-merta dalam keadaan marah-marah. Ms. Wong yang bersikap tidak rasional tidak pun memberi Hakim peluang untuk melanjutkan niatnya menemuinya.

Selain itu, Ms. Wong juga mempunyai sifat yang miang. Diaa berkelakuan miang terhadap Cikgu halim. Buktinya "Ms. Wong bersuara manja."

Akhir sekali, Ms. Wong juga tidak bersikap profesional. Sebagai seorang pengetua sekolah, dia telah menjalinkan hubungan peribadi bersama bawahannya, Cikgu halim, dan melakukan perzinahan bersamanya. Bukti yang dapat diungkil ialah "Teringat pula jambatan yang dititi mereka berdua malam semalam."

3) Cikgu Halim

Cikgu Halim merupakan seorang yang bengis, bak pepatah "seperti harimau beranak muda." Dia sering memarahi murid-muridnya tanpa alasan. Apabila dia sedang marah, semua muridnya akan berada dalam ketakutan kerana kata-katanyayang lantang dan tajam serta kelakuannya yang menyeramkam. Buktinya, "Lakunya bak seekor harimau yang mahu membaham mangsanya."

Cikgu Halim juga seorang guru yang malas. Dia tidak menjalankan tanggungjawbnya sebagai guru. Bukti yang dapat diketengahkan ialah "Saya malas nak ajar kamu semua." Cikgu Halim juga memberi murid-muridnya tugasan yang belum diajarnya, meninggalkan mereka terpinga-pinga.

Selain itu, Cikgu Halim merupakan seorang yang tidak puas hati. Dia telah memarahi Hakim kerana merasakan karangannya tidak mengikut arahan. namun, cara Cikgu Halim memarahi Hakim amat berbeza daripada cara guru lain. Dia mengajukan soalan demi soalan cemuhan demi cemuhan. Walaupun dia tahu bahawa hakim semakin tersepit dan tidak berdaya untuk menjawabnya, dia tetap terus membentaknya. Cikgu Halim juga tidak boleh menerima kekalahankerana sifat egonya yang tinggi. Walaupun Hakim telah memberi keterangan yang wajar dan difikirnya benar mengapa zaman Rasulullah S.A.W dikaitkan dalam kaangannya, dia tetap membangkang kata-kata Hakim, meskipun dia sudah tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Dia merasakan sebagai guru, dia lebih mengetahui. Bukti yang dapat dicungkil ialah "Dia seharushnya lebih pandai daripada seorang murid."

Akhir sekali, Cikgu Halim juga kurang pendidikan agama. Dia telah melakukan zina, perkara yang dikutuk Allah s.w.t, bersama Ms. Wong. Buktinya, "memang puas dia menjelajahi bukit bukau dan gunung-gunung yang disusuli dengan semburan lahar gunung berapinya." Oleh kerana imannya yang tidak kuat, Cikgu Halim bukannya menyedari kelakuannya dan insaf tetapi dia berhasrat mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi. Dia tidak dapat menahan nafsunya. Buktinya, "Di dalam hatinya sebenarnya tersemat satu niat untuk mengulangi penjelajahan semalam sekali lagi."